bermulanya sebuah kehidupan

bermulanya sebuah kehidupan

Wednesday, March 9, 2011

Manusia Plastik

setengah org suke kata org lain plastik tapi sebenarnya tanpa di sedari dirinya sendiri yang plastik. aku nak bicarakan topik ini kerana statement ini aku pun dapat hasil renungan aku ttg tingkah laku manusia disekeliling aku. mereka suka mengatakan org lain plastik, mereka itu bagus tidak plastik, tetapi dari apa yang aku dapati dari hasil pemerhatian aku dan telekan aku sebenarnya mereka itu lah yang plastik. boleh diibaratkan mereka itu seperti juara pelakon popular abad ini. aku pun tak faham mcm mn boleh jadi macam tu. kata kt org pandai itu ini, dalam pada masa yang sama mereka sendiri mcm tu jg. keh keh keh.... manusia..... manusia....... mengata org dia yang lebih. betul la kata pepatah klu kita suka tunding 1 jari kita kt org, kita mesti ingat 4 jari lagi akan menunding ke kita.

apa yang aku cuba nak sharekan ini adalah sekadar ingatan dan muhasabah diri untuk aku dan kalian semua....... yang baik kita jadikan tauladan, dan yang buruk kita jadikan sempadan. semoga tuhan memberi hidayah kepada manusia yang macam ni.

Untuk Renungan Bersama

boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah jualah Yang mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya.” (Al-Baqarah: 216)

'Batu Api'

hari ni tibe2 plak rase nak tulis dalam blog ni. assalammualaikum my blog. rindu rasanye.... hari ini aku ade satu topik yang tibe2 rs suke nak dibincangkan disini. bukan apa, sebelum ni ade terjumpe dlm blogger lain perkataan 'batu api'. seronok klu dapat dikupaskan sedalam2nya berkenaan dgn tajuk ni.

kadang-kadang aku rasa pelik dan hairan nape la manusia ni suke sgt nak jd 'batu api'? ni batu api yang jenis bawa dosa punye bukan y baik2 nye tau. y jenis suke mengadudomba org, menghasut org kpd y tak baik, memerli org pun termasuk jg. perli org @melagalagakan org. eeee buruk betul perangai. meminjam kata2 sahabat blogger lain, org y ada sifat batu api ni, adalah jelmaan setan. uuuuuu........... simpang malaikat 44.

ini bermaksud kita mmg tidak dapat elak dari manusia y mpy sifat @ habit mcm ni. dah nama jelmaan setan mesti lah boleh ada dimana-mana shj. setan kan ada ja dimana-mana. yang aku pelik tu bukannya dapat apa pun dari aktiviti mcm tu(kecuali dosa), lain la klu dapat gaji beriban2 ke keta honda civic sebijik ke, banglo ke best la jg. Aku tak paham betul la.....

tu lah dinama kan manusiakan, yang penting kita haruslah pandai mencari kawan. 'Jangan berkawan dengan orang yang berfikiran negatif' tambah2 lg yang suka memporak perandakan orang. tetapi hidup di dunia yang sementara ni, ramai manusia yang suka menyokong kepada benda yang negatif. fikir-fikirkan lah........

Thursday, November 18, 2010

jamuan jke

settle sudah marking paper budak. ni aku tgh boring tak tau nak wat ape layan la bende alah ni.
ari tu jbtn aku ade wat makan2 kt Rajah Court, sedap la jugak menu yang di hidangkan. bersame kwan2 bergambar kenang kenangan klu tak tak de gambar aku ngan budak jabatan. ari tu tak sempat sbb aku ade taklimat. so tak de lah gambar aku dlm gambar jabatan. tak de pun tak pe. Eden loyankan aje........... kt sini pun aku ade selitkan sikit gambar aku kwn2 ngan bos aku. yang berbaju biru tu lah bos aku En. Samsudin bin Hj Salleh. Orang Segamat, Johor. Baik orangnye mudah bekerjasama, memahami masalah staff. selalu memahami masalah aku ketika anak2 aku sakit. aku akan emergency leave. Tq bos!

windu laaaaa

alaaaanye. rindu kt blog aku ni. cian die dah lame di tinggalkan. sibukkan fb pun tak sempat nak bukak, ape lg blog. so bila bukak pg ni jd lebih excited bl dpt jumpe kawan lame kt sek. arab dulu. Wan Jumanatul Karamah..... (wei aku ingat lagi nama hang) emmmm bestnyeeee... mengingat kembali zaman persekolahan di Madrasah dulu sangat la best. Pd aku Best Giler! giler pun tak best macam tu.... walaupun sek tu serba kekurangan @ dhoif tapi aku rasekah kebahagiaan yang aku perolehi di sana bagaikan di syurga dunia.... ilmu duniawi wa ukhrawi semua yang baik2 aje disana. kawan2 aku pun baik2 semua.... sayang korang....... orang semua kenal aku baik yang junior dan senior heheheh orang famous la kata kan (angkat bakul ckit) biar menanah telinga............................. best giler mmmmmmm.

Friday, June 18, 2010

tak dapat

mungkin bkan rezeki aku kt sini nak smbg bljr kt unimas. td br je aku check permohonan aku tidak berjaya. aku pun tak mengharap sgt. tapi aku try jg buat rayuan. manalah tau klu2 rezeki aku ada. aku think positif ja. mesti ada hikmah disebalik ketidak berjayaan aku itu. sbb aku dah ada plan B klu aku tak dpt further study aku nak wat ape. so terpaksalah aku tunai kan janji aku pd husband aku.
mungkin dah ramai sedara mara aku kt kg tlh mendoakan aku spy blk kg. sbb tiap kali kal ka, jumpa ka mesti tanya bl nak blk? bl nak blk? tak ingat kg lagi ka?... Mungkin jg kot. alhamdulillah lah klu rezeki aku kt sn aku pasrah ja .
hidup mesti di teruskan.........

Wednesday, June 16, 2010

Ar-rahnu

hari ini dlm berita harian PM kita telah mengesyorkan bangsa asing untuk melabur dlm ar-rahnu. kerana ar-rahnu lebih bagus dr sistem konvesional. halal pun halal bg org islam. lagi 1 utk mengelakkan gejala meminjam wang dr ah-long.
Dgn ar-rahnu ni kita hanya perlu byr upah servis dia tlg simpan ja. nilai harga emas kita pun tinggi dia amek 60% dr harga emas semasa. kita blh simpan kt dlm 6 bulan pastu siap bg 3 bln tempoh blh nak extand lg klu2 kita ada mslh kewangan ka utk kita nak keluarkan brg kita.senang la tak pyh nak kn piqir duit bunga ka duit pokok ka. cm ar-rahnu ni bab zakat kita kn settle sendiri. dia tak nak campur. tu bg agro bank la y aku tau. tak tau kot2 ada bank islam lain y ada perkhidmatan tu jg tlg la hbq kt aku.
sbb tu dia bg tempoh 6 bln shj brg kita dok kt dlm dan extra lg 3 bln,total 9 bulan. sbb cukup 1 tahun kita akan kn bayar zakat emas. wallahualambissawaf...........